1. MAKSUD PENGURUSAN PROJEK
Mula-mula sekali biar saya terangkan
maksud projek terlebih dahulu. Projek didefinisikan sebagai suatu rancangan yang diurus atau ditadbir yang
melibatkan manusia,bahan dan sumber kewangan bagi memikul atau bertanggungjawab
melaksanakan speksifikasi serta skop kerja dalam lingkungan kekangan masa serta
kos bagi mencapai suatu perubahan menguntungkan yang dinilai melalui kuantiti
dan kualiti. Projek adalah gabungan diantara pengurusan dan bahan-bahan. Projek
wujud dengan permulaan dan mempunyai matlamat,memerlukan bahan-bahan,pengurusan
dan berhubungkait antara satu sama lain.
Kemudian,pengurusan projek adalah
didefinisikan sebagai gabungan diantara peralatan,manusia,bahan,sumber dengan
teknik kemahiran saperti penggunaan PERT,carta GANNT dan lain-lain teknik
pengurusan serta kaedah pengawalan pengurusan.
Selain itu, sistem maklumat pula
mengikut Zwass (1998) “An information system is an organized set of components
for collecting,transmitting,storing and processing data in order todeliver
information for action”.
Akhir sekali, pengurusan sistem
maklumat adalah menguruskan semua yang berkaitan dengan teknologi maklumat
seperti operasi, teknologi, bahan, projek, data, sumber, tenaga manusia dan
lain-lain yang berkaitan.
2. FAKTOR KEJAYAAN PENGURUS PROJEK
2.1 Pengetahuan asas yang perlu dimiliki
Organisasi
mempunyai banyak pilihan untuk menggunakan metodologi dalam melaksanakan
pengurusan projek. Banyak terdapat penggunaan metodologi yang digunakan tidak
tepat,menyeleweng dan tidak mengambilkira kehendak metodologi itu sendiri dan
tidak kurang pula yang memusnahkan metodologi itu sendiri. Dalam hal ini
kejayaan projek berkenaan banyak bergantung kepada pengurus projek dalam
merancang,memilih,menyelenggara metodologi dan mengambil faktor-faktor dalam pengurusan
risiko. Oleh yang demikian aspek yang perlu dilihat berkait dengan pengurus
projek adalah saperti persediaan menjadi
pemimpin atau pengurus projek,pengetahuan asas yang perlu dimiliki,bagaimana
untuk mengurus dan lain-lain faktor yang mempunyai hubungkait dengan pengurusan
saperti persekitaran,hubungan kemanusiaan, kecekapan,keberkesanan dan
lain-lain. Dalam kesempatan yang terhad ini perbincangan akan difokuskan kepada
persediaan untuk menjadi pengurus projek,pengetahuan asas yang diperlukan oleh
seseorang pengurus projek dan cara pengurus mengurus.
Di
antara sebahagian daripada pengetahuan asas yang perlu dimiliki oleh seseorang
pengurus bagi menentukan kejayaan dalam perbincangan ini dibahagikan kepada
tiga peringkat pertama atau asas, pertengahan dan tertinggi. Peringkat asas
adalah berkaitan mentadbir dan membuat pemilihan dan menggunakan teknik atau
alatan pengurusan. Peringkat pertengahan
pula ialah membuat laporan, pemantauan projek, pengumpulan, perkongsian dan
menggunakan data sementara peringkat tertinggi pula ialah berkaitan dengan
mengawal perbelanjaan, berurusan dengan pelanggan, mendalami dan menggunakan
sepenuhnya pengetahuan dan kemahiran dalam perundingan.
2.2 Peringkat pertama
2.3 Memahami Objektif Organisasi/Projek
Perkara
pokok yang perlu diketahui oleh pengurus projek ialah objektif organisasi dan
projek itu sendiri. Kegagalan memahami dan mengenalpasti objektif adalah diantara punca utama kegagalan sesuatu
projek. Ianya diibaratkan seorang kapten kapal yang mahir mengendalikan kapal
tetapi tidak mengetahui ke mana arah tujuan yang hendak dituju.Akibatnya kalau
berjalan pun tanpa halatuju yang mana lebih baik daripada berlabuh sahaja tidak
merugikan tenaga,perbelanjaan dan masa.
2.4 Membuat Perancangan
Membuat
perancangan adalah sesuatu kemistian terutama dalam pengurusan projek sistem maklumat bagi memastikan supaya segala masalah yang
akan timbul berkaitan dapat diminimumkan dan diatasi. Kepentingan perancangan
disebut oleh Steven Alter (1998) “A project palan is especially important in IS
project because unanticipated technical an organization problem often arise. At
minimum , having a plan helps the impact
in indentifing suprises dan evaluatingtheri impact”.
Proses bagi pengurusan projek.
Kaedah bagi pengurusan projek.


No comments:
Post a Comment