Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) adalah sebuah pusat
latihan yang terletak di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia. Ia bermula
di sebuah bangunan kecil di Port Dickson pada bulan September 1959 yang ketika
itu dikenali sebagai Pusat Latihan Kakitangan. Pusat ini memberikan kursus
kepada pegawai-pegawai berkaitan pentadbiran tanah, pentadbiran kewangan,
pengurusan pejabat dan pentadbiran kerajaan tempatan.
Hasrat untuk
menyediakan latihan lebih formal kepada pegawai-pegawai kerajaan telah
menyebabkan wujudnya Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) di Jalan Elmu, Kuala
Lumpur pada bulan Jun 1972.
Perkembangan pesat
latihan oleh INTAN dalam tahun 1980-an juga telah menyaksikan tertubuhnya
beberapa kampus cawangan pada tahun 1983. Ini termasuklah Kampus Wilayah Utara
(INTURA) di Sungai Petani, Kedah; Kampus Wilayah Timur (INTIM) di Kemaman,
Terengganu dan Kampus Wilayah Selatan (IKWAS) di Kluang, Johor.
Pada tahun 1984,
Kampus Utama INTAN yang terletak di Bukit Kiara, Kuala Lumpur telah dibuka
dengan rasminya manakala INTAN di Jalan Elmu kemudian dijadikan Kampus Wilayah
Tengah (INTENGAH) pada tahun 1998.
Permintaan terhadap
program latihan INTAN yang semakin bertambah kemudian telah mewujudkan penubuhan
dua lagi kampus cawangan. Kampus Sarawak di Kuching, Sarawak telah diwujudkan
pada tahun 1999 manakala Kampus Sabah dibuka pada tahun 2001.
VISI & MISI Intan
(Institut Tadbiran Awam Negara)



.png)

No comments:
Post a Comment