Pn. Hjh. Hatipah Binti Ibrahim
Jabatan Belia Dan Sukan
Kementerian Belia
Dan Sukan telah di tubuhkan pada 3 Mei 1964 dan dikenali dengan nama
Kementerian Kebudayaan, Belia Dan Sukan. berikutan dengan penubuhan Kementerian
Kebudayaan, Kesenian Dan Pelancongan pada 20 Mei 1987, fungsi kebudayaan telah
diletakkan di bawah kementerian berkenaan.
Pada tahun 2000 Jabatan Belia Dan Sukan Negara telah
ditubuhkan dengan diketuai oleh seorang Ketua Pengarah, tiga orang Timbalan
Ketua Pengarah iaitu Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Belia, Pembangunan
Sukan dan Pembangunan Rakan Muda. Manakala bahagian pengurusan &
perkhidmatan sokongan diketuai oleh seorang pengarah dan diikuti oleh 15 orang
pengarah di Jabatan Belia Dan Sukan Negeri dan 116 Pejabat Belia dan Sukan
Daerah.
MISI & VISI JABATAN BELIA DAN SUKAN
Misi
Membina belia yang berketerampilan dalam bidang kepimpinan,
kemahiran, keusahawanan dan kesukarelaan.
Memupuk semangat patrotisme, perpaduan dan nilai-nilai murni
melalui gaya hidup berkualiti
Membentuk generasi muda berwawasan
Menjana budaya sukan melalui penyertaan ramai ke arah
masyarat aktif, cergas dan bersatu.
Visi
Belia Berdaya Maju, Bersatu-padu, Mengamalkan Nilai-nilai
Murni dan Masyarakat Berbudaya Sukan Menjelang 2020.

No comments:
Post a Comment