YB Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek
Menteri Belia Dan Sukan Malaysia
Sejarah penubuhan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bermula pada tahun 1953 dengan tertubuhnya
Bahagian Kebudayaan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat yang telah diberi
tanggungjawab mengenai belia. Seterusnya pada tahun 1964 Bahagian Kebudayaan
ini telah dipindahkan di bawah Kementerian Penerangan. Dalam masa yang sama
berikutan kegiatan belia secara berpersatuan yang semakin berkembang, maka bagi
tujuan memupuk serta memantau perkembangan tersebut, Bahagian Belia telah
ditubuhkan di bawah kementerian berkenaan. selain itu di bawah Kementerian
Penerangan ini juga telah ditubuhkan Bahagian Sukan.
Kementerian Belia
dan Sukan hanya diwujudkan pada 15 Mei 1964 iaitu bersempena Hari Belia Negara
pada tahun tersebut. Pada tahun 1972, Bahagian Kebudayaan telah diwujudkan dan
dengan itu nama Kementerian Belia dan Sukan ini telah diubah kepada Kementerian
Kebudayaan, Belia dan Sukan sehingga tahun 1987 apabila Bahagian Kebudayaan
telah dipindahkan di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan. Dengan
perpindahan Bahagian Kebudayaan tersebut, nama Kementerian Kebudayaan, Belia
dan Sukan telah kembali kepada nama asalnya iaitu Kementerian Belia dan Sukan,
sehingga sekarang.
Kementerian Belia
dan Sukan (KBS) telah diamanatkan untuk melaksanakan dasar-dasar Kerajaan
Malaysia khususnya dalam pembangunan Belia dan Sukan.
VISI & MISI KBS
Visi
Peneraju dalam mengupayakan pembangunan belia dan sukan yang
terbilang dan masyarakat berbudaya sukan menjelang tahun 2015.
Misi
Membina bangsa Malaysia yang patriotik dan bersatupadu
melalui program pembangunan belia dan sukan yang strategik.

No comments:
Post a Comment