Gambar semasa ucapan bagi Kursus Transformasi Kepimpinan di Langkawi pada 3 Febuari 2013.
Gambar Yg. Bhg. Sdra. Intan Diana bersama keluarga yang tersayang dan tercinta.
Beliau
berasal dari keluarga setinggan yang sederhana dan banyak berdikari didalam
hidup bagi mendapatkan kehidupan yang lebih baik. Disamping sokongan dari pihak
keluarga dan ibu bapa sebagai pendorong kejayaannya yang dikecapi masa kini.
Seorang yang petah berbicara dan santunnya dalam memberi perbahasan dan sebagai
pengerusi majlis, tidak sah jika tiada serangkap pantun dalam bicaranya. Sudah bergiat hampir 23 tahun dalam belia bermula ketika dibangku persekolahan pada
umur 15 tahun. Pada awal penglibatannya, die bergerak bersama Belia Gerak Bakti
, Sentul. Beliau ketika itu yang masih muda cuba menyahut segala peluang yang
ada sebagai memperjuangkan belia. Dan ketika berusia 19 tahun, beliau
mendirikan rumah tangga bersama salah seorang ahli belia. Beliau terus bergerak
aktif bersama suaminya yang tercinta didalam pergerakan belia. Beliau sehingga
kini telah banyak menubuhkan persatuan belia dibawahnya sebagai badan
pergerakan belia yang baru. Sumbangannya itu telah banyak membangunkan generasi
belia ketika ini dengan menarik belia ke persatuan yang dibuatnya itu. Pada
2013 beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Agung MBWP menang tampa
bertanding disamping menjadi Presiden MBK Batu yang juga persatuan lama beliau
bergerak didalamnya. Harapan beliau supaya belia dan masyarakat muda masa kini
memandang pergerakan belia sebagai satu aktiviti yang positif dan bersama-sama memberi sokongan dan menggerakkan generasi belia untuk terus maju.



No comments:
Post a Comment