Majlis Belia
Wilayah Persekutuan (MBWP) adalah sebuah pertubuhan sukarela, bukan kerajaan
dan bergerak sebagai badan induk menyelaraskan semua pertubuhan belia di
Wilayah Persekutuan.
Langkah-langkah
untuk menubuhkan sebuah Majlis Belia bagi peringkat Wilayah Persekutuan yang
sah dan berdaftar telah dirancang sejak lama dahulu, tetapi atas beberapa sebab
yang tidak dapat dielakkan maka perlaksanaan penubuhannya selalu terganggu.
Kewujudan Majlis Belia Wilayah Persekutuan (termasuk Wilayah Persekutuan
Labuan) adalah penting, terutama di Kuala Lumpur yang menjadi nadi pentadbiran
negara dan sebagai pusat kegiatan belia.
Mesyuarat
Perhimpunan Agung Tahunan Majlis Belia Malaysia yang diadakan pada bukan April
1986 telah memutuskan memberi mandat kepada Exco MBM untuk meningkatkan dan
meneruskan usaha ke arah usaha-usaha positif mengadakan pertemuan dan
perbincangan dengan mereka yang berkenaan. Hasil perbincangan tersebut, sebuah
Jawatankuasa Penaja telah dibentuk dan diketuai oleh Naib Presiden MBM dan
membuat draf Perlembagaan.
Bagi
memantapkan perlembagaan tersebut, satu Bengkel Perlembagaan telah diadakan
pada bulan November 1986 yang dihadiri oleh wakil-wakil pertubuhan belia di
Wilayah Persekutuan.
Manakala
Mesyuarat Penubuhan Majlis Belia Wilayah Persekutuan telah diadakan pada 14
Februari 1987 dan perasmiannya telah disempurnakan oleh YB Dato' Abu Hasan
Omar, Menteri Wilayah Persekutuan ketika itu bertempat di tingkat 30, Menara Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
NAMA
PERTUBUHAN
Nama
berdaftar bagi pertubuhan ini ialah Majlis Belia Wilayah Persekutuan (1987)
atau Federal Territory Youth Council (1987) atau secara ringkasnya MBWP.
BILANGAN
PENDAFTARAN
Majlis Belia
Wilayah Persekutuan (1987) telah ditubuhkan pada 14 Februari 1987 dan telah
didaftarkan mengikut Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966 dengan Bilangan
Pendaftarannya pada 723/87 (Wilayah Persekutuan) rujukan PPM/WP 431/87 pada
27hb Mei 1988
No comments:
Post a Comment