Beliau
dilahirkan didalam keluarga askar pada tahun 1974 di Melaka. Ketika dibangku
sekolah beliau aktif didalam bidang kokurikulum iaitu sukan dan persatuan dan
pernah mewakili sekolahnya didalam acara bola sepak peringkat negeri Pahang.
Beliau juga seorang pemidato ketika waktu itu dan tidak hairanlah jika
mendengar kepetahannya bercakap. Selepas tamat persekolahan beliau meneruskan
pengajian di Matrikulasi di UPM dan mengambil ijazah sarjana muda didalam
juruteknik komputer. Beliau seorang yang sangat aktif didalam pergerakan belia
sejak umur 18 tahun dibawah Persatuan Belia 4B Titiwangsa. Pada 2004 hingga
2008, beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Belia 4B dan Exco pemuda
bahagian UMNO kawasan Titiwangsa. Selepas mendirikan rumah tangga pada umur 26
tahun beliau yang sebelum itu menetap di Pulau Pinang berpindah ke Kuala Lumpur
dan bekerja disamping aktiviti belia. Pada tahun 2010 beliau telah dilantik
sebagai Exco Majlis Belia Wilayah Persekutuan dan pada tahun 2013 beliau telah
dilantik sebagai Presiden baru MBWP bagi tampuk kepimpinan baru 2013-2015.
Sumbangan beliau sangat banyak didalam belia ini disamping beliau ingin
membangunkan generasi belia ketika ini kearah belia yang positif disamping
mengajak belia bersama-sama berkerjasama didalam hubungan diantara belia-belia
kota. Harapan beliau kepada belia-belia supaya menguatkan ketahanan mental dan
fizikal terhadap maklumat-maklumat dan isu-isu semasa tentang belia masa kini
perlu ditapis dan tidak mengambilnya bulat-bulat supaya menjadi belia yang
berfikir secara rasional dan critical thinking. Beliau juga berharap belia
semua menyahut dan mengambil segala peluang yang ada untuk belia untuk
dinikmati disamping mengamalkan nilai-nilai murni dan nilai persahabatan yang kukuh. Beliau merupakan seorang pemimpin yang berjiwa sederhana, semangat setia
kawan yang tinggi dan menerima pandangan dan teguran daripada sesiapun.




No comments:
Post a Comment