- Menggalak,
mengembang dan memajukan pergerakan belia melalui aktiviti-aktiviti badan
rujukan dan badan induk termasuk penyelidikan, latihan, mengumpul data belia,
mewakili suara belia dan mengadakan kemudahan-kemudahan dan kemajuan
belia-belia di Wilayah Persekutuan.
- Merancang dan
menyelaras usaha-usaha memupuk semangat perpaduan, integrasi nasional dan
kewarganegaraan.
- Mendapat perwakilan belia dalam lembaga Majlis, jawatankuasa dan lain-lain institusi samada Kerajaan atau Swasta.
- Mengemukakan pendapat dan perakuan kepada kerajaan, badan-badan yang lain termasuk media massa mengenai perkara-perkara berkait dengan kepentingan belia atau masyarakat.
- Menggalakkan sokongan, penyertaan atau penglibatan semua kaum dan pihak termasuk institusi-institusi kerajaan, swasta, professional dan lain-lain bagi manfaat perkembangan pergerakan belia di Wilayah Persekutuan.
- Mendapatkan dan mentadbirkan wang dan harta bagi mencapai tujuan-tujuan Majlis daripada agensi-agensi kerajaan, yayasan-yayasan, orang perseorangan dan sumber-sumber lain.
No comments:
Post a Comment